Ditempah oleh Yani dari Pej. Pendaftar UTM sempena hari lahir ayah pada 12 Mac 2011. Semoga ayah yani beroleh kebahagian dunia & akhirat kerana mempunyai anak yang sgt baik. Amin
Chocolate Moist Cake sempena hari lahir anak perempuan cikgu shima yang ke 5 thn. order 2 buku kek satu untuk dimakan bersama keluarga dan satu lagi untuk dibawa ke tadika Qaisara. TQ cikgu kerana sudi mengorder dengan saya.
Kak Why menempah kek jam 10.00 malam 8 Feb sempena hari lahir kakak tersayang pada 9 Feb 2011. Alhamdulilah sempat juga menyiapkan kek walaupun dalam keadaan penat sebab baru balik dari misi bantuan banjir di Pagoh.
Hampir-hampir terlupa tempahan cup cake 25 pcs untuk majlis pertunangan nor pada 15 Februari, nasib baik tuan badan sms, mati makcik tak ingat. Nor nak deco yang simple warna biru putih. Selamat bertunang dan semoga hajat dimakbulkan Allah SWT.