Tuesday, October 26, 2010

Cheese Cake - tempahan pada 26 Oktober 2010

Tempahan cheese cake - cikgu Sek. Keb. Sri Pulai (tak tahu nama cikgu sebab kak as jiran depan rumah yang ambil order)
Cheese kek nipun sama cikgu dari Sri Pulai. Kak As yang ambil order
Cheese kek ini ditempah oleh kak as sendiri untuk makan2 sekeluarga. Apa2pun ina ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kak As mempromosikan kek ina di Sek. Keb Sri Pulai. TQVM......................

Chocolate Moist Cake - Hari Lahir anak bujangku

Sempena hari lahir anak bujangku Muhammad Ikram Al Hakim yang ke 2 tahun pada 25 Oktober 2010. Selamat hari lahir anakku semoga menjadi anak yang soleh dan semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan ddiberkati Allah SWT. Amin....

Chocolate Moist Cake - Hari Lahir

Chocolate Mosit Cake ditempah oleh Kak Raja Faridah, PA TNC(PI) UTM sempena hari lahir cucu kak raja pada 22 Oktober 2010 sama dengan tarikh lahir kak Raja. Cucu dan nenek sama2 sambut b'day. Selamat Hari Lahir kak Raja, semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan berkati Allah SWT. Amin.....

Tempahan tiramisu -paking kecil

Tempahan sebanyak 14 kotak tiramisu oleh staf TNC(PI) & Canseleri pada 22 & 25 Oktober. TQVM.

Monday, October 18, 2010

Sambutan Hari Lahir Pejabat TNC(PI)

Tempahan cheese cake sempena sambutan hari lahir kelab Berlian Pejabat TNC(PI) pada 8 Oktober 2010. Ucapan selamat Hari Lahir semoga dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa dirahmati oleh Allah SWT kepada staf tnc(pi) yang menyambut hari lahir bulan September & Oktober.

Tampahan Rumah Terbuka - tak sempat ambil gambar

Tempahan Rumah Terbuka kawan sepejabat Julaiha pada 2 Oktober 2010. Sorrylah Ju tak sempat ambil gambar sebab kesuntukan masa dan kekelamkabutan untuk menyiapkan tempahan. Tapi yang penting hasilnya kan.... Cup cake - 200 pcs Cheese tart - 150 pcs Tiramisu - 1 pc TQ so much...ju Tempahan untuk jamuan Ramah Mesra HEK, UTM Kek Tiramisu - 2 pcs Puding Tauhu Daging masak hitam

Tempahan Cheese Cake

Cheese cake 1/2kg ditempah oleh kak As jiran depan rumah pada 3 Oktober untuk makan2 kebetulan kakak ipar beliau datang beraya. TQ kak As

Kek Pertunangan (hantaran dari pihak perempuan)

Nama dirahsiakan...biarlah rahsia untuk majlis pertunangan pada 2 Oktober 2010. Tahniah dan Selamat bertunang. TQVM

Friday, October 15, 2010

Tiramisu lagik.....

Tempahan tiramisu ini adalah dari kak wan sempena rumah terbuka dan majlis kesyukuran kak wan yang akan berangkat mengerjakan haji pada 23 Oktober 2010. Semoga kak wan mendapat haji mabrur dan dipermudahkan Allah SWT hendaknya.

Cheese Tart

Tempahan cheese tart oleh ana dan kak wan 100pcs sempena rumah terbuka pada 29 Sept. yang lalu.