Tiramisu ditempah oleh En. Hatta sempena Anniversary Mak & bapa mertua beliau. Untungnya dapat menantu macam En. Hatta. Semoga keduanya berbahagia dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin
Cheese Cake ditempah oleh kak As, jiran sepakat membawa berkat!!.. sempena hari lahir Olisha. Cik ina doakan semoga Olisha menjadi anak yang soleha dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Cheese dan Tiramisu cake ditempah pada 27 Mei 2011 sempena sambutan Hari Lahir Staf MARA. Terima kasih atas sokongan anda selama ini (su dan Puan Anis)
Tiramisu Cake ditempah oleh Marlina sempena hari lahir Amir yang ke 5 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan hati kedua ibubapa. Amin
Kek Mocha ditempah oleh As sempena jamuan hari lahir yang diadakan di Pejabat TNC(PI). TQ As, semoga As sentiasa dirahmati Allah SWT dan ditemukan jodoh dgn orang2 yang beriman dan baik mcm as.
CMC ditempah oleh Yana (anak jiran) sendiri sempena hari lahir pada 8 Mei 2011. TQ cik ina doakan semoga yana menjadi anak yang soleha dan sentiasa dirahmati Allah SWT.
Black Forest Cake ditempah oleh Julaiha sempena hari lahir Ibu & Ayah tersayang. Semoga kehidupan mereka sentiasa berbahagia dan dirahmati Allah SWT. Amin
Chocolate Moist Cake ditempah oleh jiran mastura pada 28 April untuk makan-makan sebelum bersalin. Akak doakan semoga selamat melahirkan anak sihat dan comel. Amin